SISTEM-KABINET Sistem Kabinet

Wednesday 23 March 2016



Pengenalan :


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
Bermula sejak kemerdekaan tanah melayu (1957) dan telah dikanunkan dalam perlembagaan malaysia Terdiri daripada 3 badan pemerintah iaitu eksekutif,perundangan dan kehakiman.
Tujuannya untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau komplot dan dapat mengelakkan berlaku pemusatan kuasa antara 3 badan.


SEJARAH RINGKAS JEMAAH MENTERI


  • Sistem ahli ( member sistem ) 1951
  • Ia merupakan hasil dato’ onn jaafar yang mendesak inggeris supaya melibatkan orang tempatan dalam pentadbiran sebagai langkah menuju kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.
  •  Ia barat menteri kerana memainkan peranan yang sama,
  • Ia memberi peluang dan lathihan kepada pemimpin  tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.
  • Ia berakhir pada ogos 1955


Menteri
Jawatan
Dato onn jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingingam
Ahli Pelajaran
Tunku Yaakob
Ahli Pertanian dan Perhutanan
Lee Tin Keng
Ahli Kesihatan
Dato’ Mahmud Mat
Ahli Kerja Raya dan Perumahan
J.D Mead
Ahli Kerja Raya dan Perumahan
J.D Hodginkinson
Ahli Perindustrian dan perhubungan sosial
O.A Spencer
Ahli Hal Ehwal Ekonomi





  •  Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan persatuan atas nama Yang di-pertuan agong.
  • Kabinet terdiri daripada yang di-pertuan agong, perdana menteri dan jemaah menteri
  • Kabinet merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menentukan dasar dan arah pentadbiran negara.
  • Jemaah Menteri merupakan agensi tertinggi dalam kerajaan persekutuan dan merupakan agensi utama dalam jentera pentadbiran di peringkat pusat.

 

KABINET



 - Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan system pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakkan Negara. Sistem ini sebenarnya diasakan di britian. Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segologan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen atau dewan perundangan 

- Dalam hal ini, apabila sesebuah politik Berjaya dalam satu-satu pilihan raya, maka parti itu la layak untuk memerintah Negara kerana rakyat telah memberi mereka mandat untuk memerintah. Ketua parti yang berkenaan akan dipanggil oleh ketua Negara dan diperkenankannya sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri akan membentuk barisan menteri-menteri yang menganggotai Kabinet bagi menjalankan fugsi pentadbiran Negara


LATAR BELAKANG KABINET

  • Dari segi sejarah, system Jemaah menteri/kabinet telah dillaksanakan sebelum Negara kita merdeka lagi, iaitu pada tahun 1951 melalui pengenalan Sistem Ahli (member system). Melalui Sistem Ahli, seorang ahli akan dilantik yang jawatannya adalah sama seperti tugas seorang menteri. Melalui system ini beberapa buah jabatan kerajaan akan di letakan di bawah kawalan seorang ahli. Memandangkan pada waktu itu Tanah Melayu berada di bawah pendudukan British, setiap ahli yang dilantik bertanggungjawab secara langsung kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem ahli ini berakhir apabila Pilihan Raya Umum pertama diadakan pada bulan Ogos 1955
  •  Selepas Pilihan Raya Umum 1955, sebuah kerajaan baharu telah dibentuk apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Ketua Menteri dan seiring dengan itu, lahir pula sebuah cabinet moden pramerdeka
SISTEM KABINET

  • Dalam situasi di Malaysia, perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya. Di Malaysia, kabinet/ Jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif. Jemaah menteri terdiri daripada seorang Perdana menteri dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.
  • Seorang Perdana Menteri secara tidak lansung berperanan sebagai ketua Jemaah menteri. Keadaan ini juga bermakna, beliau mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinetnya
  • Dalam perjalanan system Jemaah Menteri, peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan. Dalam hal ini, seorang menteri itu merujuk kepada jabatan-jabatan di bwah kementeriannya yang terlibat sebelum rang undang-undang itu diusulkan di Parlimen.
  • Jumlah menteri dalam sesebuah cabinet mempunyai antara lebih kurang 20 hingga 40 orang menteri dan mereka inilah yang memegang jawatan yang terpenting dalam badan kerajaan.
 












SISTEM KABINET (PENGAJIAN MALAYSIA)


  • Badan Eksekutif Kabinet atau jemaah menteri merupakan sebuah badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif. Sejarah Ringkas Jemaah Menteri Sistem Ahli (Member System)  1951. 
  • Ia merupakan hasil usaha Dato' onn Ja'afar yang mendesak Inggeris supaya melibatkan orang tempatan dalam pentadbiran, sebagai langkah menuju kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.
  • Ia ibarat menteri kerana memainkan peranan yang sama.
  • Ia memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.
  • Ia berakhir pada Ogos 1955 merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan persatuan atas nama YAng di-Pertuan Agong.
  • Kabinet terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan jemaah menteri. 
  • Jemaah menteri merupakan agensi tertinggi dalam kerajaan persekutuan.
  • Ia adalah agensi utama dalam jentera pentadbiran di peringkat pusat Pengenalan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
  • Bermula sejak kemerdekaan tanah melayu (1957) dan telah dikanunkan dalam perlembagaan Malaysia.
  • Terdiri daripada 3 badan pemerintah iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
  • Tujuannya untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan dan dapat mengelakkan berlaku pemusatan kuasa antara 3 badan atau 3 kaum.
  • Perkhidmatan Awam  Jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan awam.
  • Ia Merupakan ketua kepada pentadbiran awam Malaysia dan juga menjadi penasihat dan pentadbir utama kepada perdana menteri.
  • Tugasnya untuk mengeluarkan arahan kepada pegawai kementerian serta jabatan kerajaan untuk menyelaraskan fungsi semua kementerian.
  • Jemaah Menteri  berkuasa untuk mengendalikan segala minit dan kertas kertas jemaah menteri  mengetuai pentadbiran awam sesebuah kementerian
  • merupaka penasihat utama kepada menteri di kementerian yang berkenaan dan dibantu oleh pegawai dan kakitangan awam kerajaan.                                                                                                   
  • Jabatan-jabatan Kementerian Diketuai oleh seorang ketua jabatan yang dikenali sebagai ketua pengarah yang ditubuhkan untuk membantu kementerian bagi melaksanakan tanggungjawabnya Perbadanan Awam Agensi separa kerajaan yang diwujudkan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan.


BADAN BERKANUN DAN TIDAK BERKANUN


  • Badan Berkanun Ditubuhkan dibawah akta Parlimen atau Anakmen Negeri untuk menjalankan tugasnya dengan bebas.
  • Ia memiliki peruntukan kewangan sendiri dan kuasa autonomi tertentu tetapi bertanggungjawab kepada menteri berkenaan.
  • Diketui oleh seorang pengurus besar yang dilantik oleh YDPA.
  • Beliau berperanan untuk melicinkan pentadbiran dan melaksanakan program pembagunan negara.
  • Badan Tidak Berkanun Badan Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965.
  •  Diketui oleh seorang Pengurus Besar sebagai Ketua Excutive yang dilantik oleh YDPA. Rumusan Pemerintahan pentadbitran di peringkat persekutuan yang bersifat makro, prinsip persokongan kuasa sudah sedia wujud dan terpelihara Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi.
  • Sistem Ahli Ketua Negara-Yang di-Pertuan Agong Peruntukan yang menyebut tentang kuasa eksekutif persekutuan meletakkan kuasa berkenaan pada tangan (YDPA).Kerajaan yang memerintah pula hakikatnya merujuk kepada kabinet selaku elemen yang dipilih dan boleh merujukkan pilihan raya.   
  •  YDPA dibenarkan oleh perlembagaan menggunakan budi bicara,
  • Disamping ia dikehendaki mematuhi konvensyen dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan.
  •   Ketua Kerajaan - Perdana Menteri Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang memerintah dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada YDPA tentang hal ehwal negara.
  • Kabinet/Jemaah Menteri akan diketuai oleh perdana menteri yang merupakan seorang ahli dewan rakyat yang pada pandangan YDPA mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli dewan.
  • Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan bahawa jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam jalankan tugas beliau. Menteri-Menteri Semua menteri ialah ahli karbinet
  • Dalam konteks pemerintahan demokrasi ahli-ahli kabinet atau jemaah menteri inilah yang membentuk badan kerajaan yang memerintah.
  • Seseorang menteri yang dilantik untuk mengetuai sesuatu kementerian bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberikan kepadanya mengikut akta tugas-tugas menteri. Peranan Jemaah Menteri Peranan adalah merupakan dasar kerajaan dan memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan diperingkat persekutuan dan negeri, selain bertindak sebagai badan penasihat Yang di-Pertuan Agong.


TUGAS-TUGAS KABINET ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT



♦ Menasihati YDPA dalam urusan pentadbiran negara.

♦ Jemaah menteri bertanggungjawab bersama kepada parlimen.Walaupun seorang menteri tidak bersetuju mengikut keputusan jemaah beliau tetap dikehendaki oleh jawatan yang dipegang itu membela sebarang pertuduhan yang diajukan kepada keputusan jemaah tersebut adalah melanggar etika jawatannya jika ahli jemaah itu membantah secara terbuka.

♦ Kabinet memulakan langkah perundangan dan melaksanakan 
fungsi-fungsi eksekutif yang lain.

♦ Kabinet bukanlah satu badan dalam jentera pentadbiran
 tetapi satu badan pemerintah.



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KABINET

 
  • System kabinet kerajaan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tidak dapat dielakkan. Sebagaimana yang diketahui kerajaan yang memerintah akan memikul amanah rakyat melalui pilihan raya. Rakyatlah yang menentukan pembentukkan kabinet dan pucuk kepimpinan. Justeru, ada kalanya kesempatan ini disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk ‘memancing undi’ dengan mengamalkan rasuah
  • Dari segi kebaikan, rakyat diberi peluang untuk memillih pemerintah. Hal ini bermakna, suara rakyat diambil kira bukan sahaja semasa memillih wakil-wakil mereka , malahan suara mereka juga diambil kira untuk dibentangkan di Parlimen. Walaupun ada beberapa keburukan, system kabinet telah mencapai kejayaan walaupun tidak semua Negara mengamalkannya. Hal ini kerana, kejayaan sesuatu system pemerintahan kabinet adalah terletak kepada kesedaran rakyat sesebuah Negara dan kepercayaan mereka terhadap sistem yang diamalkan.






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by sistem-kabinet